biar lah satu dunia tahu. biarlah sesiapa yg membaca article ini mengetahui bahawa seorang anak lelaki telah menitiskan airmata ibunya. dan anak lelaki itu adalah saya.biarlah plot ceritanya saya mulakan dari awal kepulangan saya ke kampung. tahun ini saya bukanlah perantau seperti tahun2 lepas. kerana tahun ini saya berbuka puasa selama 29 hari penuh bersama ayah bonda tercinta. lantas apabila lagu "indahnya beraya didesa" dendangan AZlina Aziz (lagu kegmaran saya)di putarkan di corong2 radio, langsung tak memberi kesan atau menimbulkan mood balik kg kepada saya. sebabnya, saya sudah berada di kampung
1 ramadhan yang lalu, sy telah pulang ke kampung untuk menghabiskan saki baki cuti yang tinggal hanya lebih sebulan selepas saya menghabiskn latihan industri di mahkamah majistret shah alam. tahun ini agak istimewa. sebabnya, hari pertama ramadhan pun sy sudah bersama2 berbuka puasa bersama ayah dan mak. satu perkara yang sudah enam tahun tidak saya di beri kesempatan sejak saya bersekolah asrama hinggalah sekarang di universiti. namun ini bukan klimaks kepada cerita ini.
memandangkan saya dapat bersama mak dan ayah selama sebulan, timbullah idea mak untuk membeli sebuah laptop. katanya, masa yang saya ada bolehlah digunakan untuk mengajarnya menggunakan teknologi tersebut. pada mulanya saya menganggap mak hanya "cakap cakap ayam". entah betul peribahasa yang saya gunakan. almaklumlah, ibu saya seorang wanita kampung yang langsung tidak tahu menggunakan komputer. bayangkan, beliau dalam usianya yang sudah menjangkau 60 tahun, pada pandangan saya "mak nak buat apa la dengan laptop tuh" namun rupanya saya salah. saya berdosa kerana memandang rendah terhadap mak, seorang wanita kampung yang membesarkan sy sehingga sy bijak seperti sekarang ini.
sedikit pengenalan tentang mak saya. beliau hanyalah seorang wanita kampung yang merupakan suri rumah tangga. langsung tidak tahu menggunakan komputer. namun saya bangga dengan mak. mak rajin belajar. saya masih ingat lagi. 5 tahun yang lepas, mak langsung tidak tahu menggunakan handphone. namun sebiji handphone terpakai yang dihadiahkan oleh kakak saya menjadi pembakar semnagt untuknya belajar. dan hari ini, saya tidak terkejut sekiranya "bahasa singkatan SMS" mak lebih advance dari saya.
pagi 7 ramadhan, ayah secara tiba tiba menyuruh saya membantu mak untuk mencari sebiji laptop. terkejut bukan kepalang saya dengan ke'nekad'an mak kerana sangka saya mak hanya bergurau.. kata ayah mak sudah lama mengidamkan kerana kerapkali ayah mendengarnya menyebut. lantas esoknya, saya membawa mak untuk membelinya dengan bantuan seorang teman rapat sekampung yang suatu masa dahulu sy pernah mengimpikan untuk berkahwin dengannya. haha cerita lama. tutup buku!
akhirnya, pada tarikh 8 ramadhan yang bersamaan 8 ogos, mak mendapat laptop yang diidamkannya. mungkin hadiah untuk hari lahirnya yang ke 60 yang kebetulan jatuh pada hari tersebut. tamat cerita membeli laptop. setelah internet dipasang keesokan harinya dengan bantuan Aizzat idris bermulalah cabaran sy selaku cikgu komputer yang mengajar mak untuk menggunaakan komputer. disinilah bermulanya kish sedih yang menyebabkan airmata sy berlinang apabila dikenangkan kembali
bayangkan, golongan warga emas seperti mak, belajar menggunakan komputer. cursor mouse pun susah nak dibawa ke tempat yang dikhehendaki. untuk yang pertama, saya mengajar mak untuk menggunakan facebook agar mudah mak berkomunikasi dengan abang saya yang berda di bumi mesir. sy buatkan profil umtuk mak dan saya letakkan DP nya yang merupakan gambarnya bersama ayah pada raya tahun lepas.
tapi mengajar mak memerlukan kesabaran. sikap saya yang agak "cepat panas" cuba dikawal tapi akhirnya tak tertahan juga. saya akui kesilapan saya. saya marah emak! kerana perkara yang sama sudah saya ulang mak masih lupa. berlinang air mata mak. lalu mak cakap "dulu hang waktu baca alif ba ta dulu macam ni lah. beribu kali mak ulang tak boleh2 jugak". sebak dada saya bila mak berkata demikian. lantas seharian saya berkurung dalam bilik mengenangkan kesalahan saya kepada mak. saya luahkan rasa bersalah saya kepada si dia yang tersayang. pesan si dia: "mengajar orang2 tua ni kena slow2, tak boleh nak laju2. dorg susah nak tangkap" lantas petang itu juga sy meminta maaf dengan mak. sy tahu saya anak derhaka. dan sehingga saat ini pun airmata sy masih berlinang apabila entry ini ditulis.
mujurlah mak kuat semangat. esoknya mak belajar lagi, dan selepas tu saya sentiasa berhati2 dan lebih bersabar. alhamdulillah terkawal juga sabar saya hingga ke saat ini.sebagai tanda rasa bersalah kepada mak, saya berusaha menulis di dalam buku catatan mak langkah demi langkah untuk menggunakan internet termasuklah seperti "nombor 1: bwk mouse ke google chrome, klik 2 kali".. satu persatu saya ajar mak demi menebus kesalahan sy kepada mak.. yang cukup saya gembira, menjelang hari raya yang lalu, mak sudah pandai membuka account fesbuknya. mak juga sudah pandai mencari lagu-lagu nasyid di youtube. dan mak juga sudah pandai mencari resepi masakan menggunakan pertolongan encik google.
tadi, sepanjang perjalanan saya dari kedah ke shah alam, sy berbual bersama abang saya. entah bagaimana cerita ini timbul. sekali lagi bergenang airmata saya. mungkin saya sudah meminta ampun dari mak, dan mak sudah pun mengampunkan saya, tetapi saya tahu parutnya tetap ada. mak, cheq mintak ampun. cheq selalu buat mak sedih
moral of the story, memang kengkadang kita tak boleh mengawal perasaan kita bila kita marah, tapi cubalah untuk kita kenang jasa mak ayah kita. sebab sekali kita buat silap, seumur hayat kita menyesal. kepada anda diluar sana, jangan buat apa yang saya buat terhadap mak saya. biarlah hanya saya yang menjadi anak derhaka, tetapi anda ambillah iktibar agar perkara yang terjadi kepada saya tidak berlaku kepada anda. kerana rasa bersalahnya mengheret setiap langkah2 saya seumur hidup
Thursday, September 1, 2011
tolong jangan jadi anak derhaka seperti saya
dicarut dan di makikan oleh hilmi Idris Ilhami at 12:32 PM 0 comments
Monday, August 1, 2011
ahlan wasahlan ya ramadhan
setelah sawang, habuk, labah2 dah menghuni lama di blog nie, tetibe rasa teringin nak menulis pulak. mungkin malam ini terlalu hening sehingga mood menulis mencurah2. sekurang2nya kalau takdirnya saya dijemput ilahi, ada juga peninggalan terakhir yang sempat menjadi kenang-kenangan buat yang tersayang. mungkin untuk melepas rindu yang terbuku. tapi biarlah. hidup mati, ajal maut hanya ditangan allah dan bukan kerja kita untuk menhitung. hanya sekadar mencukupkan ruang kosong dalam hidup agar tidak dipersoal akan masa lapang yang disiakan.
ramadhan tahun ini agak bermakna setelah hampir 8 tahun diperantauan. bayangkan semenjak masuk sekolah menengah, tak berpeluang berbuka puasa bersama mak dan ayah dirumah. kalau sempat pun, hanya 2 3 hari sebelum menjelmanya syawal. tapi tahun ini berkesampaian jugak akhirnya. alhamdulillah
namun, sejak dua tiga minggu nie, ada perasaan asing yang menghuni hati. ntah knapa. tapi yang pasti ianya selepas pemergian seorang rakan kepada rakan saya yang sebenarnya, saya pun tak kenal. sekadar penah tengok muka tapi tidak pernah berbual. bahkan bertegur sapa pun tak pernah. arwah meninggal pada usia yang muda dan hati saya tersentak bagaikan hari saya juga akan tiba. mungkin esok, mungkin lusa. setelah itu, banyak pula hal2 berkaitan kematian dibaca oleh saya ketika melayari internet termasuklah berita pemergian allahyarham aleesha farhana. mungkin hanya sekadar mainan perasaan namun apa yang pasti sekurang2nya sebelum saya meninggalkan dunia yang fana ini, biarlah sekurang2nya saya BERBEKAL ke sana.
oleh itu, sempena ramadhan yang mulia ini, saya hanya mampu berdoa sekiranya ramadhan ini adalah pengakhiran dalam hidup saya, hanya keredhaan allah yang saya pohonkan. dan sekiranya ini catatan terakhir saya, saya ingin mengambl kesempatan ini untuk memohon keampunan dari semua orang atas keterlanjuran saya selama ini dan semoga pulangku kepadaMU dengan limpahan maghfirahMU
dicarut dan di makikan oleh hilmi Idris Ilhami at 1:15 AM 0 comments
Sunday, June 5, 2011
post ini berbau perdamaian. bukan racism
"KELING" perkataan yang mungkin menimbulkan reaksi pelbagai dari semua orang. mungkin ada yang cakap ia adalah penghinaan, perkataan untuk menghina dan ada juga yang anggap ia satu cara untuk menghina kaum india dimalaysia. saya tak faham, kenapa ia perlu dikaitkan dengan penghinaan sedangkan dalam hierarki masyarakat india sekalipun tiada kasta "keling" justeru tiada langsung penghinaan terhadap masyarakat india.
sedari kecil, mak dan ayam membahasakan restoran mamak sebagai "kedai keling" dalam memori saya ia merupakan sebuah restoran yang menjual roti canai di pekan Pendang yang sangat sedap pada umur sy belum menjangkau 2 angka. sehingga kini rasa sedap seperti zamn kecil dahulu bagaikan dah hilang. tapi bila difikirkan, mungkin zaman tuh zaman tidak berduit almaklumlah sy lahir dalam keluarga yang sederhana, tidaklah sesusah mana tetapi agak susah juga lah. so setiap makanan yang dapat dikunyah rasanya amat sedap sekali termasuklah "ais krim pop" yang dijual sepuluh sen pada ketika itu.
namun bila umur puluhan tahun ini, sy hairan kenapa ada golongan yang merasakan ia adalah satu penghinaan apabila menyebut perkataan keling dan ada pula yang menyebut perkataan ini untuk menghina kaum yang lain? saya ditegur oleh ayah dan emak tadi kerana menggunakan perkataan keling bagi menggambarkam kaum india beragama hindu. maka intisari teguran itulah yang menyebabkan sy menulis entry ini, setelah agak lama menyepi.
kata emak, sedari dahulu, kamus masyarakat tua di kedah khususnya mentakrifkan keling sebagai india muslim atau dalam bahasa mudah sekarang adalah mamak (perlu diingat bahawa mamak dalam erti kata yang sebenarnya bukanlah mamak Barra mahupun mat bangla yang berlonggok longgok diMalaysia hari ini) buktinya: cuba anda bezakan rasa kari restoran mamak di Pulau pinang dengan Rasa kari mamak di Restoran Barra di seksyen & shah alam, rasanya amatlah berbeza sekali. kalo tak percaya cuba try test
setelah dikodek2 di perut encik Google yang berinformasi, rupa-rupanya masyarakat keling iaitu masyarakat india muslim ini asalnya dari Kalinga yang merupakan satu daerah di Southeast india. mungkin dari perkataan kalinga inilah wujudnya perkataan keling. so pada saya tiadalah unsur penghinaan dalam perkataan keling ini bahkan ianya membawa unsur asalan sesuatu masyarakat. kalau menghina kenapa ada tempat di malaysia yang dinamakan Tanjung keling? cuba fikirkan dari sudut rasional, bukan melalui emosi semata mata
akhirnya saya tahu asal usul bangsa saya sendiri. mungkin saya dilahirkan oleh ayah dan mak yang berketurunan melayu, tapi hakikatnya datuk kepada mak saya merupakan seorang keling yang datang merantau kenegara ini untuk mencari sesuap nasi. sebab itulah hidung saya mancung mcm shah rukh khan, hahahaha
dicarut dan di makikan oleh hilmi Idris Ilhami at 6:30 PM 0 comments
Sunday, May 22, 2011
umur 21 anak dah 3. kaw mampu?
Dah lama tak hupdate blog, teramatla bizi (ayat cliché sebab tak tau nak mula camne) tapi Alhamdulillah, semester keempat da berakhir dan ada lagi empat semester untuk diteruskan (tuh pun kalo layak nak masuk LLB, kalo tak dok umah jela jaga anak, biar bini pulak pegi cari makan) lalalla hilmi start meroyan lagi)
Nak kongsi cerita menarik. Tapi sebelum tuh perlu di ceritakan background dan nature kehidupan hilmi. Hilmi seorang yang tak suka tengok orang, kalo jalan mata dia akan selalu pandang kebawah dan tak akan pernah bermain mata dengan org yang tak dikenali. Dia juga mempunyai keyakinan diri yang rendah dan tak suka keadaan “kali pertama berkenalan” sebab beliau amat kekok. So, disebabkan nature dia yang macam tu lah ramai kawan2 lama kalo jupe di tepi jalan2 atau kedai2 atau mana2 tempat akan terpaksa menegur hilmi terlebih dahulu barulah dia akan merespond kepada panggilan tersebut .
Enough cerita pasal hilmi yang bosan dan tak hensem, badan macam anak badak tuh. So beberapa hari yang lepas hilmi telah bertemu dengan kawan lamanya yang sama2 menjalani latihan PLKN di langkawi beberapa kurun dulu dan seperti yang telah dinyatakan diatas, rakannyalah yang menegur dahulu, tuh pun setelah lama diperhatikan. Situasi kejadian: hilmi memasuki 7eleven pendang untuk mencari 3 kotak susu segar utk dibuat dadih iaitu makanan kegemarannya dan perlu ditegaskan bahawa makanan kegemarannya itu ialah dadih dan bukannya DADAH mahupun DADA termasuklah BUAH DADA. Maaf terlucah pula. Rakannya pula merupakan Cashier yang baru seminggu bertugas disitu setelah kerajaan Malaysia mengisytiharkan cuti 4 bulan bagi semua pelajar university. Maka berpart time lah beliau di 7e tersebut. Tuh je cerita pasal mamat tuh
Bagi hilmi, beliau bukan tidak mahu berpart time, tetapi dek kerana wujudnya latihan industry selama sebulan di tengah2 cuti iaitu pada bulan julai telah menyebabkan kesulitan kepada beliau untuk mencari kerja part time. Beliau telah diterima bekerja di kilang Panasonic di seksyen 20 shah alam (itupun setelah penipuan dan identity sebagai pelajar tidak didedahkan). Tapi, malang berlaku kerana kerja tersebut amatlah berat, yelah korang pernah tak pasang air cond punyer kipas tuh, kalo sikit takpe ni dalam sehari ade la 1000++ kipas aku pasang. Utk golongan lemah dan manja mcm hilmi amatlah tidak sesuai dengan pekerjaan tersebut. Lantas setelah 3 hari kije, hilmi pun cabut lari. Kemudian hilmi telah pulang kekampung halaman di kedah dan hanya membantu bapanya. Senang sikit kije ngan ayah sendiri sebab bila nak rehat, rehat je. Nak balik awal pun takpe. Lepas lunch terus balik umah n tak datang2 dah. Itulah perangai buruk hilmi
Cerita menarik pasal mamat lain pulak. Bukan yang kije kat 7e tuh. Yang nie pasal mamat yang dulu sama sekolah rendah ngan I. tadi siang I ade ikut ayah I pegi beli barang. Malangnye kedai tuh tutup. Nak dijadikan cerita sebelah kedai tuh ade sebuah bengkel keta n tuan punya bengkel tuh dulu kawan baik ayah i. tengah dorg sembang topik orang tua yang membosankan tuh, tetiba ada mamat ensem tegur I…”ni hilmi ke” gitewlah bunyiknyer. Rupe-rupenyer mamat nie kawan satu skolah ngan i. I tak kenal sebab kitorg tak pnah jupe dalam 7 tahun mcm tuh. Rambut dia dah panjang n dia tinggi mcm galah. Badan pun sedap2 mata memandang. Yang terkejut beruknyer sebab kawan ayah I tuh cakap “ ha, ni la menantu saya” terkejut ungka den time tuh. Lorh da kawen upenyer. Bile selidik nyer selidik rupanya anak dah 3…huhu kuat. Crita ni tak menarik pun tapi yang menariknyer sebab pada umur 21 tahun macam I ( umur yang I anggap buang hingus pun stil tak pandai) dia da ade 3 anak. Kelas kaw maria.
dicarut dan di makikan oleh hilmi Idris Ilhami at 10:45 PM 0 comments
Thursday, April 14, 2011
ulu yam? sumpah sy takkan pegi lagi
entry ni tetibe diilhamkan oleh one of my friend kat Fb..ceritanya, only two of them pegi bercamping di ulu yam. i just macam wonder macamana dorg amat berani pegi kesana.. just 2 of them okay!!. sebabnya, i yang pegi ramai2 time sekolah dulu pun dah "kena" dgn teruknye, tambahan pula bila hanya berdua. bila ditanya, mmg mereka mengalami gangguan "pelik". wallahualam apakah yang mengganggu. sy mengambil pendekatan positif, mungkin "mereka yang menggangu" sekadar mahu menunjukkan yang mereka wujud dan yang "diganggu" perlu percaya kewujudan mereka yang menggangu. (struktur ayat apakah ini?)
saya tak taw kenapa dari saya kecil (zaman sekolah) sy amat senang terserempak dengan menda2 yang aneh seperti nieh. sampai lah sekarang pun stil selalu nampak. pada sy kalo awak nak menjelma depan sy, menjelmalah, jgn kacau hidup sy sudah.
kembali kpd citer berkaitan ulu yam yang misteri nie, time tuh i'm in my final year kat sekolah. n we organize satu camping utk sume ahli KRS. 3 bas semuanya (so dalam satu bas= 40 student, so dalam 120 org lah) nak dijadikan cerita, bas SBPI gombak n SBPI sabak bernam yang disewa tak dapat datang sebab ada technical problem. so hanya satu bas yang boleh beroperasi. so student pun diangkut dalam 3 trip dan trip yang pertama pun start dalam kul 430 petang and last trip dalam kul 11 mcm tuh.
apa yang saya alami, time tuh sy nak terkencing. mmg ada toilet yang disediakan disitu, tapi takde elektrik so sy ngan seorang kawan pegi lah nak "shi shi"...kitorg time tuh ade satu je torchlight. sy cadangkan supaya kitorg masuk bergilir gilir tapi my frenz tuh cakap both of us masuk tapi dia akan halakan lampu tuh ke bumbung so that both of us akan dapat cahaya tuh. yang best nye, selesai je "shi shi" saya dengan gatalnye memandang keatas dan nampaklah sebijik botol air mineral tengah berpusing-pusing kat atas dinding penghadang antara 2 toilet tuh. saya pun terus diam tak terkata apa.
bila bas dah sampi utk last trip, bila i ngah kemas dalam suram dan gelap tuh, i nampak mcm sumthing bergerak kat pokok, having thought of maybe its my friend, i just panggil "weh, sape lagi yang tertinggal, jom balik" tapi tak sangka pulak ajakan i tuh mengundang benda lain. bila menyeberang jambatan gantung tuh, ustaz i cerita yang tetiba bahu dia berat sbb "ada sumthing" yang nak ikut balik. lepas dibaca-baca, barulah benda tuh melepaskan. cerita pasal ustaz ni sy tak tahu sampailah bila tiba disekolah. tuh pun selepas i keluarkan cerita sensasi i kat toilet tuh. then barulah orang-orang lain pun bercerita. ada jugak yang gtaw, waktu dorg sembahyang maghrib, dorg nampak macam kain terbang n then melekat kat pokok.
so moral of the story, kita kena percaya kewujudan makhluk-makhluk ni tapi janganlah sampai mewujudkan perasaan takut yang melampau kerana boleh membinasakan kita sendiri. tapi, utk ajak i camping kat Ulu yam untuk kedua kali mmg i takkan buat la.haha
dicarut dan di makikan oleh hilmi Idris Ilhami at 12:28 AM 0 comments
Friday, April 8, 2011
sunyi itu cinta
sunyi kadang2 menyiksakan. sunyi kadang2 buat saket hati. tapi kalau sunyi boleh membawa kepada cinta apa salahnya. bila sunyi, sy teringat mak dan ayah. teringat kampung halaman nun jauh disana tapi tetap dihati. mak memang suka berleter. tak sah kalo sekali balik dia tak berleter. manakan tidak, kalo da dok kat umah nak bangun pukul 12 je kan. sembahyang tuh jangan kira lah. lambat memanjang. tapi betol jugak. ada reason, ada locus standi utk dia berleter. tapi bila da asyik mendengar leteran jadi saket hati. tapi seburuk manapun dia, dia tetap mak saya. dia tetap orang yang sy rindui tika sunyi. hairan, setiap kali sunyi, mesti mak dan ayah yang akan dikenang dulu.
betul kata orang, seramai mana pun kengkawan dan mungkin kekasih hati, hadir mereka silih berganti. walaupun mak dah ayah sering dilupai tika kita gembira, wajah merekalah yang tetap akan muncul bila kita berduka. hakikatnya saya bukan anak yang baik. saya mengaku atas keterlanjuran saya. namun jauh disudut hati, merekalah yang paling saya sayang. mungkin selalu sy meninggikan suara, tak dengar kata tapi dihati sy mereka tetap bertakhta.
bagus bila kadang2 rasa sunyi mendampingi kita, kerana ia buat kita mengerti kasih sayang yang sejati iaitu dari ayah dan ibu tercinta. jadi sekiranya kita kecewa dengan kehidupan, dan bila kita rasa yang tiada sesiapa menyayangi kita, ingatlah bahawa ayah dan ibu sentiasa menyayangi kita, tidak lupa mendoakan kita walaupun kita sering lupa kepada mereka. sesungguhnya saat ini saya amat rindukan mereka
dicarut dan di makikan oleh hilmi Idris Ilhami at 10:19 PM 0 comments
Tuesday, April 5, 2011
airmata walau ditahan menitis juga. tiada yang kekal selain dia
malam nie ada 2 moral value yang saya belajar
first- perlu belajar menerima pendapat orang lain. sbb kita tak sentiasa betul dan orang lain tak akan sentiasa salah. tak rugi kita mengalah kerana hakikatnya kita menang dalam mengawal emosi. kalo dibiarkan berpanjangan pun tak akan membawa kebaikan. bukan boleh dapat keta Merc ke sebijik kan. kalo dapat, sanggup i menggadaikan seluruh jiwa dan raga. tapi bukan body okeh
kedua-kita perlu belajar terima takdir kita
kebelakangan ni byk cerita sedih berlaku. penceraian, perpisahan, pergaduhan namun ada juga sinar kegembiraan. apa pun kita perlu belajar terima takdir. kadang2 kita dah lama bahagia, so tibalah masa kita untuk bersedih pula. fitrah alam. tiada yang kekal melainkan Dia. so kalo anda putus asa, sedih, antara lagu yang bole dilayan adalah lagu Datin Seri Datuk siti nurhaliza yang vogue tuh-melawan kesepian tajuknye. selamat mendengar dengan linangan airmata
dicarut dan di makikan oleh hilmi Idris Ilhami at 1:27 AM 0 comments




