biar lah satu dunia tahu. biarlah sesiapa yg membaca article ini mengetahui bahawa seorang anak lelaki telah menitiskan airmata ibunya. dan anak lelaki itu adalah saya.biarlah plot ceritanya saya mulakan dari awal kepulangan saya ke kampung. tahun ini saya bukanlah perantau seperti tahun2 lepas. kerana tahun ini saya berbuka puasa selama 29 hari penuh bersama ayah bonda tercinta. lantas apabila lagu "indahnya beraya didesa" dendangan AZlina Aziz (lagu kegmaran saya)di putarkan di corong2 radio, langsung tak memberi kesan atau menimbulkan mood balik kg kepada saya. sebabnya, saya sudah berada di kampung
1 ramadhan yang lalu, sy telah pulang ke kampung untuk menghabiskan saki baki cuti yang tinggal hanya lebih sebulan selepas saya menghabiskn latihan industri di mahkamah majistret shah alam. tahun ini agak istimewa. sebabnya, hari pertama ramadhan pun sy sudah bersama2 berbuka puasa bersama ayah dan mak. satu perkara yang sudah enam tahun tidak saya di beri kesempatan sejak saya bersekolah asrama hinggalah sekarang di universiti. namun ini bukan klimaks kepada cerita ini.
memandangkan saya dapat bersama mak dan ayah selama sebulan, timbullah idea mak untuk membeli sebuah laptop. katanya, masa yang saya ada bolehlah digunakan untuk mengajarnya menggunakan teknologi tersebut. pada mulanya saya menganggap mak hanya "cakap cakap ayam". entah betul peribahasa yang saya gunakan. almaklumlah, ibu saya seorang wanita kampung yang langsung tidak tahu menggunakan komputer. bayangkan, beliau dalam usianya yang sudah menjangkau 60 tahun, pada pandangan saya "mak nak buat apa la dengan laptop tuh" namun rupanya saya salah. saya berdosa kerana memandang rendah terhadap mak, seorang wanita kampung yang membesarkan sy sehingga sy bijak seperti sekarang ini.
sedikit pengenalan tentang mak saya. beliau hanyalah seorang wanita kampung yang merupakan suri rumah tangga. langsung tidak tahu menggunakan komputer. namun saya bangga dengan mak. mak rajin belajar. saya masih ingat lagi. 5 tahun yang lepas, mak langsung tidak tahu menggunakan handphone. namun sebiji handphone terpakai yang dihadiahkan oleh kakak saya menjadi pembakar semnagt untuknya belajar. dan hari ini, saya tidak terkejut sekiranya "bahasa singkatan SMS" mak lebih advance dari saya.
pagi 7 ramadhan, ayah secara tiba tiba menyuruh saya membantu mak untuk mencari sebiji laptop. terkejut bukan kepalang saya dengan ke'nekad'an mak kerana sangka saya mak hanya bergurau.. kata ayah mak sudah lama mengidamkan kerana kerapkali ayah mendengarnya menyebut. lantas esoknya, saya membawa mak untuk membelinya dengan bantuan seorang teman rapat sekampung yang suatu masa dahulu sy pernah mengimpikan untuk berkahwin dengannya. haha cerita lama. tutup buku!
akhirnya, pada tarikh 8 ramadhan yang bersamaan 8 ogos, mak mendapat laptop yang diidamkannya. mungkin hadiah untuk hari lahirnya yang ke 60 yang kebetulan jatuh pada hari tersebut. tamat cerita membeli laptop. setelah internet dipasang keesokan harinya dengan bantuan Aizzat idris bermulalah cabaran sy selaku cikgu komputer yang mengajar mak untuk menggunaakan komputer. disinilah bermulanya kish sedih yang menyebabkan airmata sy berlinang apabila dikenangkan kembali
bayangkan, golongan warga emas seperti mak, belajar menggunakan komputer. cursor mouse pun susah nak dibawa ke tempat yang dikhehendaki. untuk yang pertama, saya mengajar mak untuk menggunakan facebook agar mudah mak berkomunikasi dengan abang saya yang berda di bumi mesir. sy buatkan profil umtuk mak dan saya letakkan DP nya yang merupakan gambarnya bersama ayah pada raya tahun lepas.
tapi mengajar mak memerlukan kesabaran. sikap saya yang agak "cepat panas" cuba dikawal tapi akhirnya tak tertahan juga. saya akui kesilapan saya. saya marah emak! kerana perkara yang sama sudah saya ulang mak masih lupa. berlinang air mata mak. lalu mak cakap "dulu hang waktu baca alif ba ta dulu macam ni lah. beribu kali mak ulang tak boleh2 jugak". sebak dada saya bila mak berkata demikian. lantas seharian saya berkurung dalam bilik mengenangkan kesalahan saya kepada mak. saya luahkan rasa bersalah saya kepada si dia yang tersayang. pesan si dia: "mengajar orang2 tua ni kena slow2, tak boleh nak laju2. dorg susah nak tangkap" lantas petang itu juga sy meminta maaf dengan mak. sy tahu saya anak derhaka. dan sehingga saat ini pun airmata sy masih berlinang apabila entry ini ditulis.
mujurlah mak kuat semangat. esoknya mak belajar lagi, dan selepas tu saya sentiasa berhati2 dan lebih bersabar. alhamdulillah terkawal juga sabar saya hingga ke saat ini.sebagai tanda rasa bersalah kepada mak, saya berusaha menulis di dalam buku catatan mak langkah demi langkah untuk menggunakan internet termasuklah seperti "nombor 1: bwk mouse ke google chrome, klik 2 kali".. satu persatu saya ajar mak demi menebus kesalahan sy kepada mak.. yang cukup saya gembira, menjelang hari raya yang lalu, mak sudah pandai membuka account fesbuknya. mak juga sudah pandai mencari lagu-lagu nasyid di youtube. dan mak juga sudah pandai mencari resepi masakan menggunakan pertolongan encik google.
tadi, sepanjang perjalanan saya dari kedah ke shah alam, sy berbual bersama abang saya. entah bagaimana cerita ini timbul. sekali lagi bergenang airmata saya. mungkin saya sudah meminta ampun dari mak, dan mak sudah pun mengampunkan saya, tetapi saya tahu parutnya tetap ada. mak, cheq mintak ampun. cheq selalu buat mak sedih
moral of the story, memang kengkadang kita tak boleh mengawal perasaan kita bila kita marah, tapi cubalah untuk kita kenang jasa mak ayah kita. sebab sekali kita buat silap, seumur hayat kita menyesal. kepada anda diluar sana, jangan buat apa yang saya buat terhadap mak saya. biarlah hanya saya yang menjadi anak derhaka, tetapi anda ambillah iktibar agar perkara yang terjadi kepada saya tidak berlaku kepada anda. kerana rasa bersalahnya mengheret setiap langkah2 saya seumur hidup
Thursday, September 1, 2011
tolong jangan jadi anak derhaka seperti saya
dicarut dan di makikan oleh hilmi Idris Ilhami at 12:32 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





0 comments:
Post a Comment